Monday, December 22, 2008

INFO: PENDIDIKAN MERENTAS AWAN 2009


AHLI ARPRM SMKSJ YANG BERMINAT

Pendidikan Merentas Awan 2009
2007 - Ekspedisi Bermotor Generasi ke 2 Felda Jempol ke Taman Negara Kuala Tahan.
2008 - Pendidikan Dalam Keretapi Generasi ke 2 Felda ke Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang.
Akan Datang, 2009 - Pendidikan Merentas Awan; dimana peserta akan meningkat setapak lagi ke hadapan iaitu akan menggunakan pengangkutan udara. Peserta akan naik kapal terbang dari KLIA ke Sarawak. Peserta akan mengembara di Bumi Kenyalang menyaksikan keindahan alam, menghirup udara segar dan menikmati ciptaan allah di bumi tercinta.
Jangkaan Program: Jun atau Dis, 2008
Anggaran Kos: RMxxx.oo

Sila buat persiapan untuk menyertai program Pendidikan Merentas Awan 2009
1. Bag galas (haversack)
2. Khemah untuk kumpulan
3. Mengenalpasti kumpulan (1 kumpulan antara 3 dan 6 orang sahaja)
4. Peralatan memasak
5. Yuran penyertaan (Termasuk tambang bas, tiket penerbangan, bot, insurans)

PROGRAM ARPRM SMKSJ 2009

PERHATIAN KEPADA PEMIMPIN, AHLI ARPRM DAN YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM 2009

Sila Bersedia dan Calonkan diri anda sendiri dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
1. Anugerah Gangsa (Peserta baru dari tingkatan 2 dan 4 tahun 2009)
2. Anugerah Perak (Telah Lulus dan layak memegang Anugerah Gangsa)
3. Majlis Penganugerahan Anugerah Gangsa pada Februari, 2009
4. Pendidikan Merentas Awan 2009

Dr Cikgu Sulaiman

Friday, December 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Kepada Penggerak ARPRM SMKSJ

Seluruh Warga ARPRM SMKSJ mengucapkan selamat pengantin baru kepada Puan Rosmawati bte Ahmad, Pegawai/Penggerak ARPRM Pejabat Belia Sukan Daerah Jempol.
Bersama pasangannya Encik Hairi Mohd Satim, Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol. Hairi adalah bekas dan kumpulan pertama pelajar SMK Seri Jempol (Dulu SMK Serting Felda).

Majlis Akad nikah telah dilangsungkan pada 12hb. Dis, 2008, jam 5.15 petang di Masjid Kariah Jempol, Bahau, N Sembilan. Kami mendoakan anda bahagia dan jodoh berpanjangan hingga akhir hayat. Amin.....


Tuesday, December 2, 2008

ELEMEN PENGEMBARAAN: Perkhemahan Anugerah Gangsa (2 h/ 1 mlm) di Tapak Perkhemahan Sekolah

Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3


Gambar 4
Gambar 1 - Peserta sedang mendirikan khemah
Gambar 2 - Cikgu Sulaiman sedang memberi taklimat awal kepada semua peserta arprm yang menyertai Perkhemahan Anugerah Gangsa 2 hari 1 malam.
Gambar 3 - Peserta mengikuti sesi ceramah.
Gambar 4 - Peserta sedang melakukan senaman pagi




LATIHAN DAN PERTANDINGAN IKATAN/SIMPULAN

25 JULAI, Peserta ARPRM sedang menyertai Pertandingan Ikatan/simpulan.
Peserta sedang menjalani latihan ikatan/simpulan;
1. Simpulan manuk,
2. tindik kasih,
3. buku sila,
4. bunga geti

Jurulatih bertugas, Encik Mat Dah Othman; sedang memberi tunjuk ajar dan membantu peserta kemahiran ikatan/simpulan.



ELEMEN KHIDMAT MASYARAKAT: Gotong Royong di Masjid Raja Alias 2

Jumaat, 29 Ogos, 2008; ARPRM telah menyertai Gotong Royong di Masjid Raja Alias 2.
Di Masjid; Peserta mengecat tembok, pagar masjid, cuci longkang, bilik air, tempat wudu', stor, vakum di dalam masjid, mengecat pasu bunga, menyapu dan membakar sampah.
Sebahagian pelajar melakukan kerja menebas, membersih kawasan tanah perkuburan dan mengecat batu nisan.

Tn Hj Musa (Berkupiah putih), Tuan Imam Masjid Raja Alias 2, En Razak Awang, Tuan Nazir Masjid; memberikan sepatah dua kata dan ucapan terima kasih kepada peserta ARPRM SMKSJ yang telah memberikan kerjasama melakukan gotong royong.


PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

15 SEPT, 2008, Peserta ARPRM dan guru pengiring bergambar bersama Tuan Pengetua SMKSJ, Tn Hj Mohd Som bin Abd Hamid sebelum menyertai Program Belia Khatam Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Terimakasih yang tak terhingga kepada guru dan penggerak Rakan Muda Daerah Jempol, Pun Rosmawati.

PROGRAM 'IHYA RAMADHAN ARPRM SMKSJ 08

SEPT 2008, Peserta ARPRM SMKSJ telah menyertai Program 'Ihya Ramadhan anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam SMKSJ dibawah kelolaan Puan Surina Ismail dan Cik Basimah Majid. Peserta ARPRM memenuhi bulan ramadhan dengan membaca al-quran secara kumpulan.

Monday, December 1, 2008

ELEMEN KEMAHIRAN: Latihan Pertolongan Cemas

Julai, 2008, Peserta ARPRM telah menjalankan latihan Pertolongan Cemas di bawah Kelolaan Tuan Ariff Fadillah, Guru Penasihat PBSM sekolah dan Jurulatih PBSM Negeri Sembilan dan Jempol.

Pertandingan Lalulintas Sekolah Menengah NS 08

13 JUN 2008, Seremban, Seramai 18 orang ahli ARPRM SMKSJ dari tingkatan 2A dan 2B telah menyertai pertandingan Lalulintas Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan anjuran MPS, Majlis Keselamatan Jalan Raya, JPJ, Polis Trafik dll. Tahniah atas penyertaan dan terima kasih atas bantuan semua yang terlibat.

AKTIVITI ARPRM SMK SERI JEMPOL 1 JUN - DIS 2008

Elemen Kemahiran: Latihan kebakaran
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang

Program Anak Angkat Parlimen Jempol di Port Dickson



PENDIDIKAN DALAM KERETAPI 1

Aktiviti yang di jalankan di dalam keretapi

Aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

Aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Jempol


PENDIDIKAN DALAM KERETAPI 2008















Tahniah kepada peserta arprm smk seri Jempol dan terima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu menjayakan program Pendidikan dalam Keretapi Generasi ke 2 Felda, Bahau ke Merapoh, Pahang.

2009 kita akan ke Sarawak pula....naik belon (kapal terbang)