Sunday, December 27, 2009

Anugerah Perak




Pada 24 Disember, 2009, seramai 25 orang arp smksj telah memperolehi anugerah Perak yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kuala PIlah.




Badan Operasi ARP SMKSJ mengucapkan tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan pihak sekolah di atas kejayaan ini. Target 2010 untuk memperolehi pingat Emas.




Kepada peserta yg lain teruskan usaha anda.

Program Pendidikan Alam Sekitar Jauhi Dadah


Tahniah kepada arp smksj yang telah menjayakan program tersebut. Pihak Badan Operasi ARPRM SMKSJ mengucapkan terima kasih kepada;


  1. PIBG SMKSJempol,

  2. AADK Jempol,

  3. Pihak PPD Jelebu Jempol,

  4. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol

turut terlibat membantu menjayakan program.

Sunday, October 25, 2009

KEM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JEMPOL AKAN MENGADAKAN KEM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TARIKH: 16 DAN 17 NOVEMBER, 2009
HARI: ISNIN, SELASA
TEMPAT: TAMAN NEGARA, KUALA TAHAN, JERANTUT, PAHANG
TERBUKA KEPADA 40 PELAJAR SAHAJA.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT

BAYARAN PENYERTAAN: RM100 SAHAJA (Termasuk permit masuk, bot ke gua telinga, bot rapid ke jeram, insurans, penginapan di Woodland Resort)
Makan Minum: Sendiri
TAMBANG: PERCUMA


BERMINAT: SILA HUBUNGI CIKGU SULAIMAN 013-3715117 ATAU DI sulaimanmalik616@yahoo.com.my

Monday, October 5, 2009

Program Selepas PMR

ANDA BERMINAT AKTIVITI LASAK
Cabaran Alam Sekitar Jauhi Dadah,
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

Tempoh : 3 hari/2 malam
Hari : Selasa, Rahu, Khamis
Peserta : 40 pelajar dan 4 guru
Anjuran : SMK Seri Jempol
Anggaran Belanja: RM200 seorang

(Termasuk: Tambang bas, penginapan di Woodland Resort, Permit masuk, Bot ke Gua Telinga, Bot Rapid Jeram, Canopy Walkway, insurans kemalangan)

Makan minum: sendiri
Pendaftaran: Cikgu Sulaiman 013-3715117






Bersama-sama ini disertakan bayaran penyertaan RM100 dan bakinya akan diserahkan semasa program ini dilaksanakan.

Sunday, September 27, 2009

Majlis Makan Malam ARPRM dan Rakan Muda Sekolah












Majlis Makan Malam anjuran ARPRM dan Rakan Muda Sekolah. Peserta yang hadir 100 orang orang pelajar mewakili kelas, persatuan, kelab dan uniform.


Jemputan:

  1. YDP PIBG

  2. NYDP PIBG

  3. Pegawai Belia Sukan Jempol

  4. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol
  5. Cikgu Shahrin, GPK Kokurikulum

  6. Pemimpin ARPRM

  7. Pemimpin Rakan Muda Sekolah

  8. Guru-guru

Tetamu Khas:

  1. Tn Hj Mohd Som

  2. Isteri.





Bayaran penyertaan: Sumbangan pelajar dan ARPRM SMK Seri Jempol











Senario 3, Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Som

Tn Hj Mohd Som di arak menggunakan kereta berhias.

Pelajar menikmati jamuan tengahari.


Tn Hj Mohd Som bergambar bersama Bekas Pelajarnya, Cikgu Abdullah Anastas Zorin (Pegawai Khas PPD Jempol Jelebu), Cikgu Zainol (SK Bandar Seri Serting), dan Encik X.


AJK PIBG serta ibubapa yang sempat hadir.



Ahli KRS dan PBSM yang telah membuat perbarisan.





Senario 2, Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Som

Ahli Persatuan Seni Pertahanan Diri Silat Gayung.

Penolong Pengurus Bank Rakyat Bahau. Bapa Angkat sekolah.



Tuan Ketua Balai Polis Ayer Hitam.



Pertunjukan Silat bagi menyambut kesampaian Pengetua ke Majlis Persaraan



Penyambut tetamu yang hadir ke majlis.





Senario 1, Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Som
















Pelajar, pekerja, guru serta seluruh warga SMKSeri Jempol sedang membuat persiapan bagi majlis persaraan Tn Hj Mohd Som bin Abd Hamid. Beliau merupakan Pengetua yang ke 4.


  1. Pertama, Tn Hj Kamaruddin b Ibrahim (Sekarang Pengetua SMK Batu Kikir)

  2. Kedua, Tn Hj Ibrahim b Idrus (Telah Meninggal dunia)

  3. Ketiga, Hjah Saniah bt Tahir (Telah meninggal dunia)

  4. Ke-empat, Tn Hj Mohd Som




Sesungguhnya seluruh warga SMKSeri Jempol khasnya peserta ARPRM sangat berhutang budi dan mengucapkan ribuan terima kasih. Berkat usaha beliau maka SMK Seri Jempol telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi program tersebut.

Mangsa Hari Raya


Pemimpin ARPRM dan Rakan Muda Sekolah SMK Seri Jempol bergotong royong menumbangkan lembu bagi persiapan hari raya aidil fitri.


Peserta:


  1. Cikgu Sulaiman
  2. Cikgu Mat Dah
  3. Cikgu Nor Hafiezal
  4. Cikgu Shuhaimi
  5. Cikgu Hadi
  6. Cikgu Zafid
  7. Cikgu Mimi

Sumbangan Modal RM110 setiap seorang

Hasilnya 6.8 kilo setiap bahagian

Friday, September 4, 2009

TADARRUS ALQURAN ARPRM SMKSJ










Tarikh: 3 dan 4 September, 2009
Hari: Jumaat
Tempat: Surau SMK Seri Jempol
Guru: Pn Nora, Ustaz Zamani, Ustazah Norhafizah, Ustazah Surina.

KEMAHIRAN UNTUK PELAJAR

12 Kemahiran Untuk Pelajar
Ramai pelajar mengeluh kerana terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji tetapi pulangannya tidak seberapa. Sebaliknya terdapat segolongan kecil pelajar, belajar dalam keadaan yang lebih selesa, tidak terkocoh tetapi dapat pula meluangkan masa untuk beriadah dan turut melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Walaupun begitu, mutu dan pencapaian akademik mereka tidak terjejas.
Persoalannya, mengapakah dua keadaan di atas boleh terjadi? Biasanya, jawapan yang diberikan ialah pelajar dalam kumpulan kedua didakwa mempunyai keupayaan mengingat yang lebih jika dibandingkan dengan para pelajar daripada kumpulan pertama. Hipotesis ini mungkin betul, tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak mempunyai teknik belajar yang berkesan. Mereka belajar hanya mengikut rasa dan resa sahaja. Akibatnya, masa dan tenaga banyak terbuang, tetapi hasilnya tidak seperti mana yang disarankan oleh Gwen Gawith di dalam bukunya Power Learning.

Pelajar dan Pemelajaran
Setiap pelajar mestilah mengetahui akan tujuan dia belajar. Adakah dia belajar untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan atau belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja dan dipaksa oleh ibu bapa ? Oleh itu, para pelajar mestilah menanamkan tekad bahawa tujuannya belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sama ada yang berkaitan dengan rohani atau jasmani. Setelah yakin bahawa anda ingin belajar, maka ketahuilah pula apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar.

Pengurusan Diri
Sebagai seorang pelajar, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan persekitaran pemelajaran yang stabil. Jadikanlah sekolah tempat yang menyeronokkan untuk menimba ilmu pengetahuan. Di simpang itu, pandai-pandailah membawa diri bersama rakan dan taulan serta tidaklah pula menjadikan guru sebagai musuh. Ingatlah, guru adalah ibu bapa kedua kita. Tiada guru yang ingin merosakkan pelajarnya. Apa yang penting. Pelajar mestilah pandai membawa diri dengan sifatnya sebagai seorang pelajar.

Mengurus Masa
Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Di samping itu, pelajar mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.

Perancangan
Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

Kemahiran Berfikir
Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti keupayaan berfikir secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. Di samping itu, pelajar juga mestilah berfikiran matang dan tidak hanya mengikut logik semata-mata.

Kemahiran Belajar
Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

Kemahiran Membaca
Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca. Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

Kemahiran Menyelidik
Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

Kemahiran Berfikir
Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

Kemahiran Membuat Nota
Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

Kemahiran Menyampaikan
Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

Teknik Peperiksaan
Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

Kemahiran Menilai
Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.


Kesimpulannnya, jika para pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran di atas dengan berkesan dan bersistematik, sudah pasti kejayaan memihak kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam keadaan apa sekalipun, kita mestilah sentiasa bersyukur dan bertakwa agar Allah S.W.T akan memberkati segala usaha kita.

Wednesday, August 26, 2009

Peperiksaan PBSM

Peserta ARPRM SMKSJ sedang menghadiri Kelas Khas untuk menghadapi Peperiksaan Kenaikan Pangkat ahli PBSM



Tarikh: 24 Julai, 2009

Masa: 3.00 - 5.00 petang

Tempoh: 2 jam
Tempat: Dewan Terbuka SMK Seri Jempol

Jurulatih: En Arif Fadillah


Aktiviti:
  1. Taklimat kepada peserta

  2. Peraturan dan syarat menduduki peperiksaan

  3. Pertolongan Cemas

  4. Anduh

  5. Rawatan Awal - Luka

  6. Perbincangan soalan peperiksaan





PROGRAM TADARRUS ALQURAN 'IHYA RAMADHAN ARPRM SMKSJ

PROGRAM TADARRUS AL-QURAN IHYA RAMADHAN ARPRM SMKSJ TELAH DILAKSANAKAN BERMULA


Pada: 24hb. Julai, 2009

Aktiviti: Taklimat, Pemilihan dan Latihan

Masa: 3.00 hingga 5.00 petang

Tempat: Surau SMK Seri Jempol

Guru: Ustaz Hirma dan Puan Nora