Friday, January 30, 2009

AKTIVITI ARPRM SMKSJ JAN 2009

AKTIVITI PERTAMA BAGI AHLI BARU ANUGERAH GANGSA 23 JAN 09
Peserta mendengar taklimat oleh Cikgu Sulaiman, Cikgu Nor Hafieezal.
Pelajar menyediakan buku log masing-masing.
Teruskan usaha untuk memburu kejayaan anda.

AKTIVITI ARPRM SMKSJ JAN 2009

ELEMEN REKREASI FIZIKAL (ANUGERAH PERAK)
Permainan bola jaring di bawah kendalian Pasukan Bola Jaring SMK Seri Jempol.

Thursday, January 29, 2009

Selamat Bertemu Kembali 2009

Tahniah kepada peserta ARPRM SMKSJ. Semoga kehadiran 2009, anda akan lebih cemerlang.

Anda dikehendaki menyertai Program Gotong Royong Perdana pada 4.2.09 (Rabu), jam 3.00-5.00 petang bagi memenuhi Elemen Khidmat masyarakat.

Pihak sekolah juga sedang mengaturkan program bersama NESRAQ, yang mana ahli ARPRM SMKSJ akan meningkat setapak lagi iaitu akan menghadiri Kelas Radio Amatur.

Semoga, cadangan ini akan menjadi kenyataan. Sama-samalah, kita berdoa dan berusaha.

Friday, January 16, 2009

Program Ceramah ARPRM 2009

Jumaat, 16hb. Januari, 2009 ARPRM SMKSJ telah mengadakan sesi taklimat kepada pelajar tingkatan 2 dan 4 di Bilik Utiliti SMK Seri Jempol jam 300-4.30 ptg.
Pelajar yang hadir berpotensi untuk memperolehi Anugerah Gangsa 2009 ini. Teruskan usaha untuk kejayaan masa hadapan.

Wednesday, January 7, 2009

AJK ARPRM SMKSJ 2009

MESYUARAT AGONG ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PROGRAM SEKOLAH RINTIS SMK SERI JEMPOL

Tarikh: 8 jan, 2009 (Khamis)
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Dewan Terbuka. SMK Seri Jempol.

Tahniah atas perlantikan AJK 2009.
Pengerusi: Badrul Hisyam Khlid (5c)
N Pengerusi: Nur Aliah Abd Rahman (5B)
Setiausaha: Nor Atizah Abd Rahman (5B)
Pen Setiausaha: Nur Aqmar Abd Rahman (3B)
Bendahari: Haniff (3A)
N Bendahari: Firdaus (3A)
AJK
1. Imatul (5B)
2. Fitrah (5B)
3. Fathul Hadi (3A)
4. Aziz (3A)
Diharap anda semua dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang Pelajar Tingkatan Satu 2009

Badan Operasi dan seluruh warga ARPRM SMKSJ mengucapkan Selamat Datang kepada Pelajar Tingkatan Satu 2009. Pada 2hb. Januari, 2009, 8.30 pagi telah dijalankan sesi Taklimat Kepada Pelajar Tingkatan Satu di Dewan Terbuka SMK Seri Jempol. Semasa sesi taklimat, Penasihat kami, En Sulaiman juga sempat mempromosikan faedah, kelebihan dan aktiviti ARP kepada semua ibubapa dan penjaga. Majlis Persiapan Dewan khasnya kerja menyusun kerusi dan Bedroop adalah disedikan oleh Ahli ARP SMK Seri Jempol. Tahniah dan terima kasih kepada ahli yang sempat hadir.

kepada Rakan2 ARP SMKSJ tahun 2009 semoga anda akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kepada adik2 Tingkatan 2 dan 4, RUGI kalau anda tak menganggotai Program ARP SMKSJ.

Monday, December 22, 2008

INFO: PENDIDIKAN MERENTAS AWAN 2009


AHLI ARPRM SMKSJ YANG BERMINAT

Pendidikan Merentas Awan 2009
2007 - Ekspedisi Bermotor Generasi ke 2 Felda Jempol ke Taman Negara Kuala Tahan.
2008 - Pendidikan Dalam Keretapi Generasi ke 2 Felda ke Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang.
Akan Datang, 2009 - Pendidikan Merentas Awan; dimana peserta akan meningkat setapak lagi ke hadapan iaitu akan menggunakan pengangkutan udara. Peserta akan naik kapal terbang dari KLIA ke Sarawak. Peserta akan mengembara di Bumi Kenyalang menyaksikan keindahan alam, menghirup udara segar dan menikmati ciptaan allah di bumi tercinta.
Jangkaan Program: Jun atau Dis, 2008
Anggaran Kos: RMxxx.oo

Sila buat persiapan untuk menyertai program Pendidikan Merentas Awan 2009
1. Bag galas (haversack)
2. Khemah untuk kumpulan
3. Mengenalpasti kumpulan (1 kumpulan antara 3 dan 6 orang sahaja)
4. Peralatan memasak
5. Yuran penyertaan (Termasuk tambang bas, tiket penerbangan, bot, insurans)